Friday 5 April 2013

Syeikh Zainul Asri




Seorang Muhibbin & Sufi yang Haraki ツ.

Allahu akbar ...

Di Kedah beliau di panggil oleh setengah orang tua dgn gelaran Ustaz Selawat dek kerana istiqamah beliau melantunkan selawat setiap kali berhenti ketika bertutur. Perwatakannya indah seindah kekuatan rohani. Beliau daie berjiwa Murabbi . Menjadikan PAS wasilah perjuangan itu sudah PASTI. 

SYEIKH ZAINUL ASRI [Da'ie yang Murabbi]

Siapa Syeikh Zainul Asri ?

Beliau ialah Mudir Pusat Pengajian Darul Hadis, Yayasan Paksi, Kedah. Beliau juga dikenali dengan Pak Long Z.Asri dalam kalangan teman dan rakan. Beliau mendapat pendidikan awal di Maktab Mahmud, Alor Star. Kemudian mendalami ilmu agama di Madrasah Al-Latifiah (Pondok Pak Teh, Kroh) sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang Usuluddin (Pengajian Hadis).

Di Mesir beliau sempat berguru dengan beberapa orang ulama besar seperti Syeikh Ismail Sodiq Al-Adawi (Khatib Masjid Al-Azhar) dan Al-Allamah Syeikh Muhamad Zaki Ibrahim (Raid `Asyirah Muhammadiyah). Beliau juga sempat bertalaqqi dengan Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari yang ketika itu mengadakan pengajian di Masjid Fatah, Mesir.

Antara guru beliau di Malaysia yang banyak memberi kesan dalam kehidupan beliau ialah Syeikh Nia'mat Yusuf yang mengasaskan Badan Dakwah dan Kebajikan Maktab Mahmud suatu ketika dulu. Syeikh Nia'mat Yusuf adalah Murabbi utama beliau dalam membimbing dari sudut Fiqh Dakwah. Ketika di Maktab Mahmud bersama Syeikh Nia'mat, kehidupan beliau diasuh dengan Usrah, Qiyamullail, Daurah Tarbiyah, Mukhaiyyam dan mencetus Biah Solehah dalam kehidupan para pelajar di asrama dan rumah-rumah sewa. Di sinilah bermula kehidupan beliau sebagai Mutarobbi, dan sehingga beliau kini menjadi Murabbi dalam gerakan Dakwah khusus bersama pelajar dan mahasiswa.

Antara mutiara kata beliau " Dakwah ini bagai air yang menyusur batu. Walaupun air tidak dapat menembusi batu yang keras, ia akan tetap mengalir di celahan batu tersebut. Mungkin dari atas, bawah, kiri atau kanan. Hakikatnya dakwah pun begitu, walau sebesar mana pun halangannya, ia perlu sentiasa berjalan." Apa yang sangat mengagumkan saya, setiap kali menuturkan sesuatu, mulutnya tidak lekang daripada kalimah selawat dan zikrullah.

Pohon Nabi



Yang dimaksud dengan Pohon Nabi adalah Pohon yang pernah menanungi Nabi Muhammad Saw. dari terik matahari. Pohon Nabi ini sudah berumur ribuan tahun, namun anehnya Pohon Nabi ini masih hidup dan berbuah.

Pohon Nabi ini sekali lagi menjadi bukti kenabian Nabi Muhammad Saw. Dan sepertinya Pohon Nabi ini sengaja dibiarkan hidup oleh Allah Swt. agar menjadi pengingat, kenangan dan bukti sejarah masa lalu. Pohon ini adalah pohon yang penuh keberkahan, pohon ajaib, pohon keramat dan pohon yang aneh.

Dulu ketika Rasulullah Saw. melakukan perjalanan menuju Syam bersama Maisarah (pembantu Sayyidatuna Khadijah Ra.) untuk berdagang, Rasulullah Saw. pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana. Pada saat Rasulullah Saw. berteduh di bawahnya, dahan dan ranting-ranting pohon ini bergerak menaungi beliau Saw. dari panasnya terik matahari.

Seorang rahib (pendeta) yang melihat kejadian ini, lantas mendatangi Maisarah dan menunjukkan kepadanya pohon tempat berteduh Rasulullah Saw. itu seraya berkata: “Hanya seorang Nabi saja yang berteduh di bawah pohon itu.”

Lihatlah sampai hari ini pohon tersebut tetap subur walaupun berada di tengah-tengah padang pasir yang kering kerontang serta tiada tumbuhan yang hidup sepertinya. Allah Swt. menghidupkannya dengan kehendakNya.

Tampak pada foto dua orang ulama besar abad ini yang berkunjung ke Pohon Nabi; asy-Syahid asy-Syeikh Dr. M. Said Ramadhan al-Buthiy dan al-Musnid al-Hafidz al-Habib Umar bin Hafidz BSA.

Semoga kelestarian Pohon Nabi ini tetap terjaga, dan semoga aman dari tangan jahil orang-orang yang mengatasnamakan musyrik kemudian dengan kekuasaannya menebangnya.


Lokasi tempat pohon tersebut selengkapnya bisa dilihat dari satelit berikut ini:
http://wikimapia.org/#lat=32.0659869&lon=37.1478275&z=19&l=0&m=b

Sya’roni As-Samfuriy, Tegal 04 April 2013


Artikel terkait klik di sini:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=386162818141063&set=a.356613851095960.85503.347695735321105&type=1&ref=nf & http://warkopmbahlalar.com/6064/pohon-nabi

Maulana Syeikh Nazim Adil Al-Haqqani An-Naqshabandi



Maulana Syeikh Nazim Adil Al-Haqqani An-Naqshabandi ialah keturunan Baginda Nabi Muhammad ♥

Beliau merupakan Imam kepada mereka yang ikhlas, dia membawa rahsia kewalian, dia menghidupkan Tariqat Naqshbandi pada penghujung abad ke-20, melalui pimpinan daripada Allah dan Rasulullah (s.a.w). Beliau tiada tandingannya. Beliau telah menghidupkan perasaan cinta kepada Tuhan dan cinta kepada mereka yang mencintai Tuhan kepada Ummah dan seluruh penghuni bumi ini, setelah perasaan kecintaan itu telah sekian lama dikuburi oleh api dan asap permusuhan, peperangan, kemarahan dan serta kesedihan penghuni bumi ini.

Beliau merupakan Ulama dikalangan para Awliya dan Wali dikalangan para Ulama. Beliau merupakan Harta Tersembunyi para 'Ariffin. Beliau merupakan Qutub kepada 'Si Pencari'. Beliaulah Ghawth Ummat Manusia. Beliau telah menghidupkan hati-hati yang telah mati. Beliaulah pewaris ciri-ciri Para Nabi dan Rasul. Beliaulah pemakai Jubah Cahaya Ketuhanan. Beliau unik didalam ilmu zahir dan ilmu batin. Beliau seorang sahaja yang medapat taraf seperti ini dizamannya. Beliau umpama Bunga Orkid yang ditanam pada tanah Kecintaan Allah.

Kehidupan Beliau

Beliau dilahirkan di Larnaca, Cyprus pada 23 hb April 1922 yang jatuh pada hari Ahad, 26hb Sha'ban, 1340 H. Bapanya merupakan keturunan Sayyidina 'Abdul Qadir Jilani, pengasas Tariqat Qadiri. Ibunya merupakan keturuna Sayyidina Jalaluddin Rumi, pengasas Tariqat Mevlevi. Ini membuatkan beliau berketurunan Hassani-Hussaini, keturunan Nabi Muhammad (s.a.w) melalui silsilah keluarga nendanya yang merupakan Keluarga Rasulullah (s.a.w). Beliau menerima amalan Tariqat Qadiri daripada ayahnya dan menerima pula amalan Tariqat Mevlevi daripada nenek sebelah ibunya.

Semenjak kecil beliau selalu menghadiri dan mendengar majlis ilmu datuknya, seorang Shaykh Tariqat Qadiri. Disitu beliau belajar mengenai disiplin dan ilmu kerohanian yang ada didalam Tariqat Qadiri. Beliau sering mengalami peristiwa dan perkara yang aneh, semenjak dari kecil lagi. Semenjak kecil beliau mempunyai akhlaq yang mulia: beliau tidak pernah bergaduh ataupun bertengkar dengan sesiapa pun. Beliau seorang yang murah dengan senyuman dan seorang yang bersifat penyabar.

Dalam tahun 1940, beliau menuntut di Universiti Istanbul,yang terletak didalam daerah Bayazit, didalam bidang Kejuruteraan Kimia. Pada masa yang sama beliau juga mempelajari dan mendalami 'Ilmu Shari'ah dan juga Bahasa Arab daripada Shaykh beliau yang bernama Shaykh Jamaluddin al-Alaasooni, yang meninggal dunia pada tahun 1955. Beliau memperolehi keputusan dan ijazah yang cemerlang didalam bidang Kejuruteraan Kimia dan beliau dianggap sebagai seorang 'genius' dikalangan rakan yang sebidang dengannya. Para Professor yang mengajar beliau, amat menggalakkan beliau berkecimpung didalam bidang penyelidikan. Tetapi beliau berkata," Aku tidak mempunyai perasaan terhadap 'ilmu sains moden. Hatiku sudah terpaut pada 'ilmu kerohanian."

Pada tahun 1944, Shaykh Nazim pergi ke Tripoli dengan menaiki bas. Beliau menjejakkan kaki di pelabuhan tersebut tanpa mengenali sesiapa - sebagai orang asing ditempat yang asing. Semasa beliau sedang melihat-lihat ke sana dan ke sini beliau ternampak seorang yang datang kearah beliau daripada seberang jalan. Rupa-rupanya, orang itu merupakan Mufti di Tripoli dan juga Shaykh bagi semua Tariqat Sufi di bandar tersebut. Nama beliau ialah Shaykh Munir al-Malek. Shaykh itu pun bertanya,"Awak Shaykh Nazim ke? Sebenarnya aku telah bermimpi akan Rasulullah (s.a.w.) dan baginda telah berkata kepadaku bahawa salah seorang daripada cucundaku akan datang ke Tripoli. Baginda menunjukkan dengan jelas wajahmu dan memberitahuku agar mencarimu dikawasan ini dan menjaga kamu."

Daripada Tripoli beliau pergi ke Syria yang sedang dilanda peperangan ketika itu dan pergi ke Damascus. Setibanya di Damascus, beliau terus mencari shaykh beliau, Abdullah ad-Daghestani.

Mengimbas kembali pertemuan pertama dengan Shaykh beliau: Ketika aku baru sahaja hendak mengetuk pintu rumah beliau, pintu telah pun terbuka dan berdirilah disitu Shaykh tersebut dan berkata," Selamat datang anakku, Nazim Effendi." Perawakannya segera menarik perhatian hatiku. Aku tidak pernah berjumpa dengan Shaykh yang seperti itu. Cahaya memancar daripada wajah dan dahinya. Kemesraan terpancar daripada hatinya dan senyumannya. Dia mengajak aku ke tingkat atas rumahnya, sambil berkata,"Kami menunggu-nunggu kedatangan mu."

Setelah berbai'ah dengan Shaykh Abdullah ad-Daghestani dan mendapat didikan mengenai Tariqat Naqshbandi, Shaykh Nazim diperintahkan untuk segera kembali ke Cyprus, tanahair beliau. Perintah dilaksanakan dengan segera, dan beliau pun memulakan perjalanan kembali ke tanahair yang telah beliau tinggalkan selama lima tahun.

Shaykh Nazim mula menyebarkankan ilmu kesufian dan ajaran Islam di Cyprus, setelah beliau tiba disana. Ramai yang menjadi pengikut dan murid Tariqat Naqshbandi, walaupun pada zaman itu, sebenarnya agama dilarang untuk diamalkan di Turkey. Malah laungan azan pun dilarang.

Tindakan beliau yang pertama sekali apabila tiba di tanahairnya ialah, melaungkan azan dalam bahasa Arab di menara sebuah masjid. Akibatnya, beliau telah dipenjarakan selama seminggu. Namun begitu, selepas di bebaskan, beliau telah pergi ke Masjid besar Nicosia dan melaungkan azan. Pihak yang berkuasa ketika itu amat marah kepada beliau dan mereka mahu kes beliau dibicarakan di mahkamah. Semasa menunggu waktu pembicaraan, beliau masih lagi terus melaungkan azan disekitar Nicosia dan kampung-kampung yang terletak disekitarnya. Tindakan ini mengakibatkan beliau mempunyai 112 kes mahkamah yang perlu dibicarakan. Para peguambela kebanyakannya menasihatkan beliau agar berhenti daripada melaungkan azan. Tetapi beliau tetap bertekad dan menjawab,"Tidak,saya tidak boleh. 'Ilmu kerohanian mesti disebarkan.


Misi Dakwah Beliau

Selama beliau menetap di Cyprus, Shaykh Nazim mengembara ke seluruh pelusuk Cyprus, Lebanon, Iskandaria, Kaherah, Arab Saudi dan tempat-tempat lain untuk menyebarkan tariqat. Beliau kembali ke Damascus pada tahun 1952 dan berkahwin dengan salah seorang daripada murid Shaykh Abdullah ad-Daghestani yang bernama, Hajjah Amine Adil. Semenjak itu, beliau bermastautin di Damascus dan beliau akan menziarahi Cyprus selama 3 bulan iaitu pada bulan Rejab, Sha'ban dan Ramadhan. Ahli keluarga beliau akan menemani beliau apabila beliau ke Cyprus. Beliau mempunyai dua orang anak perempuan dan dua orang anak lelaki.

Shaykh Nazim telah menunaikan sebanyak farhu haji sebanyak 27 kali dimana, beliau bertindak sebagai pemimpin jemaah haji Cyprus.

Dalam tahun 1974, beliau mula menyebarkan dakwah di benua Eropah dengan menaiki kapalterbang daripada Cyprus ke London dan pulang dengan melalui jalan darat dengan menaiki kereta dan kemudian meneruskan perjalanan dengan menaiki kapalterbang. Beliau berjumpa dengan berbagai bangsa yang mempunyai bahasa ibunda yang berbagai, daripada berbagai agama dan adat resam. Ramai daripada mereka yang mengucapkan dua kalimah syahadah dihadapan beliau dan terus menjadi murid Tariqat dan menerima rahsia kerohanian daripada beliau.

Mawlana Shaykh Nazim dan Shaykh Hisham menziarahi Pir Wilayat Khan pada tahun 1991 di New Lebanon, New York.

Pada tahun 1991, beliau menjejakkan kakinya buat pertama kali di Amerika Syarikat dan pada tahun itu, beliau telah melawat 15 buah negeri. Didalam lawatannya itu beliau telah berbincang dengan mereka yang datang daripada berbagai kepercayaan, agama dan adat resam: Muslim, Kristian, Yahudi, para Sufi, orang Sikh, penganut agama Buddha, Hindu, Bahai dan mereka yang berfahaman 'Abad Baru'. Hasilnya, 15 pusat Tariqat Naqshbandi telah dapat diasaskan di Amerika Utara. Shaykh Nazim membuat lawatan yang kedua pada tahun 1993 dan telah menziarahi, masjid-masjid, gereja-gereja, kuil-kuil dan 'synaguoges' (tempat ibadat orang Yahudi) di serata tempat. Melalui usaha-usaha dakwah Shaykh Nazim ini, lebih 10 000 orang di Amerika Utara, telah memeluk agama Islam dan mengambil bai'ah sebagai murid Tariqat Naqshbandi.

Shaykh Nazim, selaku tetamu kehormat semasa majlis pembukaan Pusat Latihan dan Konvensyen Haqqani di Michigan, USA.

Semasa beliau melawat USA pada tahun 1993, beliau telah menjadi tetamu kehormat majlis pembukaan Pusat Latihan dan Konvensyen Haqqani di Fenton, Michigan. Pusat tersebut terletak diatas 200 ekar tanah ladang yang terkandung didalamnya, rumah tetamu yang selesa dan besar, masjid, asrama-asrama, empat buah tasik dan 200 ekar tanah ladang yang dipenuhi rumput bagi haiwan ternakan. Pusat yang terletak dekat Detroit ini, merupakan lokasi yang sangat strategik kerana terletak dekat ditengah-tengah US dan hampir dengan Kanada. Setakat ini, pusat tersebut telah menganjurkan beberapa siri perkhemahan dan seminar. Pada masa pembukaannya (1993) sahaja, ia dapat menampung 1 000 orang murid yang datang daripada seluruh Amerika dan juga daripada negara-negara lain.

Shaykh Nazim dan Shaykh Hisham bersama YM Raja Ashman putera Sultan Azlan Shah, Malaysia.

Pada tahun 1986, beliau telah melakukan lawatan ke negara timur jauh: Brunei, Singapura, India, Pakistan juga Sri Lanka. Dimana-mana sahaja beliau pergi, beliau akan diber penghormatan dan sambutan oleh para sultan, presiden-presiden, MP, para pegawai kerajaan dan rakyat jelata negara tersebut.



Usaha-usaha dakwah yang dilakukan oleh Shaykh Nazim di Barat, telah mengakibatkan tertubuhnya pusat-pusat kesufian diserata tempat di Eropah dan Amerika Utara. Pusat utamanya, terletak di London dan di kenali sebagai 'The Islamic Priory' yang mana bangunan ini merupakan hadiah buat Shaykh Nazim daripada seorang ketua negara sebuah negara Islam yang kaya raya. Semoga Allah merahmati hamba Allah tersebut.

-------------------
Antara buku karangan Maulana Syeikh Nazim Haqqani

Mercy Oceans, the Divine Kingdom
Mercy Oceans, Mystical Secrets of the Last Days
Mercy Oceans, I
Mercy Oceans, II
Mercy Oceans, III
Mercy Oceans, Pink Pearls
Mercy Oceans, Divine Lovestreams
Mercy Oceans, Serendip
Mercy Oceans, When Will Peace Come to Earth?
Mercy Oceans, Endless Horizons
Mercy Oceans, Unity Oceans
Mercy Oceans, Gold and Silver

Thursday 4 April 2013

15 Masjid terbesar dan termegah di dunia


Masjid merupakan tempat ibadah bagi umat Islam. Kewujudannya sangat penting sekali. Malah di beberapa tempat, masjid dibangun dengan cukup besar, harapannya adalah agar mampu menampung jamaah yang ramai semasa beribadah. Ini adalah 15 masjid terbesar di dunia diambil dari dunia kita .

15. Masjid Al-Aqsha di Palestin


Masjid Al-Aqsa awalnya masjid kecil yang dibangun oleh Khulafa ar- Rasyidin, khalifah Umar Bin Khattab, tapi dibangunkan dan diperluaskan kembali oleh Khalifah Bani Umayyah Abdul-Malik Bin Marwan dan diselesaikan oleh puteranya al-Walid Bin Abdul Malik pada tahun 705 Masehi.
Setelah gempa bumi di tahun 746, masjid tersebut benar-benar hancur dan dibangun kembali oleh khalifah Abbasiyah al-Mansur pada tahun 754.

14. Masjid Al-Fath di Bahrain


Masjid Al-Fath, juga disebut sebagai Islamic Center Al-Fath dan Masjid Raya Al Fath, merupakan salah satu daripada masjid terbesar di dunia yang mampu manampung lebih dari 7000 orang jamaah solat dalam waktu yang sama.
Masjid tersebut merupakan tempat ibadah terbesar di Bahrain. Masjid ini terletak di jalan raya Raja Faisal di Juffair, sebuah bandar kecil yang berlokasi di ibu kota Manama.

13. Masjid Sultan Ahmad di Turki

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhk9Irs71vuEpbN1lRC4fyVrs52ddryrG4CPwoKI9l0mqwaks-Uh_AYWGO8BTcLAfORb2aaxTvpXFQjbxN7NI6h3AjP22oC6-kfzxTfz85zDZo9fLppp2X5NT578URxMs3QSWkTACq6Yao/s400/MasjidSultanAhmadTurki2.jpghttp://lh6.ggpht.com/_4qHSfCYJVIY/SCP5-neMD_I/AAAAAAAABFg/oNiq-WJyjN0/blue%2520mosque.jpg

Masjid Sultan Ahmad merupakan masjid Nasional Turki, dan merupakan masjid bersejarah di Istanbul, bandaraya terbesar di Turki dan kekalifahan Ustmaniah (Ottoman Empire) dari tahun 1453 – 1923 M.
Masjid ini lebih dikenali sebagai Masjid Biru kerana seramik biru yang menghiasi dinding dan interiornya. Masjid tersebut dibangun antara tahun 1609 dan 1616 M, selama pemerintahan Sultan Ahmad 1.
Seperti kebanyakan masjid-masjid lain, bangunan itu juga terdiri dari kuburan, madrasah dan sebuah hospice. Masjid Sultan Ahmad telah menjadi daya tarik pealncong terkenal di Istanbul.

12. Masjid Negara di Malaysia


Masjid Negara merupakan masjid Nasional di Malaysia, berlokasi di Kuala Lumpur. Masjid tersebut berkapasiti 15,000 orang dan terletak diantara 13 acre (52,000m) dari taman-taman yang indah.

11. Masjid Id Kah di Kasgar, Xinjiang


Masjid Id Kah merupakan masjid yang berlokasi di Kasgar Xinjiang, di bahagian barat China. masjid ini merupakan masjid terbesar di China.
Setiap Jumaat masjid tersebut di penuhi 10,000 orang jamaah dan dapat menampung 20,000 orang jamaah sekaligus.

10. Masjid Baitul Mukharam di Dakha, Bangladesh


Baitul Mukharam merupakan masjid Nasional Bangladesh, berlokasi di Dhaka, ibukota Bangladesh, didirikan pada tahun 1960. Masjid tersebut berkapasiti 30,000 orang, menjadikannya termasuk dalam diantara 10 masjid terbesar di dunia.
Namun, masjid tersebut sentiasa penuh sesak. ini khususnya terjadi semasa bulan suci Ramadhan, yang mengakibatkan pemerintah Bangladesh menambah keluasan pada masjid sehingga meningkatkan kapasitinya menjadi hampir 40,000 orang jamaah.

9. Masjid Jami’ Delhi, India


Masjid Jahan Numa, umumnya lebih dikenali dengan nama Masjid Jami’ Delhi, merupakan masjid utama dari bandar Tua Delhi di India.
Masjid tersebut di bangunkan oleh Raja Mugal Syah Jehan, pembina Taj Mahal, dan selesai pada tahun 1656 AD.
Masjid ini merupakan masjid terbesar dan terkenal di India. terletak di jalan paling sibuk di ibu kota Tua Delhi, Channi Chowk.

8. Masjid Sheikh Zayed di Emiriah Arab Bersatu


Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi merupakan masjid terbesar di Emiriah Arab Bersatu dan masjid ke enam terbesar di dunia.
Masjid ini dinamakan dengan Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan, pembina dan Presiden pertama Emiriah Arab Bersatu yang juga di makamkan disana. Masjid tersebut rasmi di buka pada bulan suci Ramadhan tahun 2007.

7. Masjid Badshahi di Lahore ,Pakistan


Masjid Badshahi atau “Masjid Kaisar” di Lahore merupakan masjid terbesar kedua di Pakistan dan di Asia Selatan dan merupakan masjid ke lima terbesar di dunia.
Mampu menampung 10,000 jamaah di ruang solat utama dan 100,000 di halaman dan serambi, masjid tersebut merupakan masjid terbesar di dunia selama kurun waktu 313 tahun (1673-1986) sebelum akhirnya di kalahkan dalam ukuran oleh Masjid Faisal di Islamabad.

6. Masjid Faisal di Islamabad, Pakistan


Masjid Faisal di Islamabad adalah masjid terbesar di Pakistan dan Asia Selatan dan masjid terbesar keenam di dunia. Ini adalah masjid terbesar di dunia sejak tahun 1986-1993 ketika dikalahkan dalam ukuran setelah selesai pembinaan Masjid Hassan II di Casablanca, Maroko.
Keluasan selanjutnya dari Masjidil Haram (Grand Mosque) di Mekah dan Masjid Nabawi (Mesjid Nabi) di Madinah, Arab Saudi selama tahun 1990-an menjadikan Masjid Faisal berada di kedudukan keempat dari segi ukuran.

Masjid Faisal adalah Masjid Nasional Pakistan. Masjid ini memiliki daerah tertutup 5.000 m2 (54.000 sq ft) dan memiliki kapasiti untuk menampung sekitar 300.000 jamaah (100.000 dalam ruang solat utama, halaman dan portico dan 200.000 lainnya di lahan sebelah).
Meskipun ditutupi ruang solat utama lebih kecil daripada Masjid Hassan II di Casablanca. Masjid Faisal memiliki kapasiti terbesar ketiga menampung jamaah dalam pekarangan setelah Masjidil Haram (Grand Mosque) Mekkah, Masjid Nabawi (Mesjid Nabi) di Madinah.
Masing-masing dari empat menara masjid tingginya adalah 80 m (260 kaki) merupakan menara tertinggi di Asia Selatan dengan diameter 10 m. Masjid Faisal ini diberi nama sesuai dengan nama almarhum Raja Faisal bin Abdul Aziz dari Arab Saudi, yang menyokong dan membiayai projek ini.

5. Masjid Hassan II di Casablanca


Masjid Hassan II yang terletak di Casablanca adalah masjid terbesar di Maroko dan masjid terbesar ketiga di dunia setelah Masjidil Haram (Grand Mosque) di Mekah dan Al-Masjid Nabawi (Mesjid Nabi) di Madinah.
Dirancang oleh arkitek Perancis Michel Pinseau dan dibangun oleh Bouygues. Masjid Itu berdiri di sebuah tanjung menghadap ke perairan Atlantik, yang dapat dilihat melalui lantai kaca raksasa. Menara Masjid Hassan merupakan yang tertinggi di dunia mencapai 210 m.

4. Masjid Istiqlal di Jakarta, Indonesia


Masjid Istiqlal, atau Masjid Kemerdekaan di Jakarta, Indonesia merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara dari segi kapasiti untuk menampung jumlah orang. Namun dari segi struktur bangunan dan luas tanah, Istiqlal merupakan yang terbesar di Asia Tenggara.
Masjid nasional di Indonesia dibangun untuk memperingati kemerdekaan Indonesia, sebagai rasa syukur atas berkat rahmat Allah; kemerdekaan Indonesia tercapai. Oleh kerana itu masjid nasional di Indonesia ini bernama “Istiqlal”, sebuah kata dalam bahasa Arab untuk “Kemerdekaan”.

3. Masjid Muhammad Ali Pasha di Cairo, Mesir


Masjid Muhammad Ali Pasha atau Masjid Alabaster adalah sebuah masjid yang terletak di dalam Benteng Kairo di Mesir dan dperintahkan di bangunkan oleh Muhammad Ali Pasha antara 1830 dan 1848.
Terdapat di puncak benteng, masjid Utsmani ini, dengan siluet animasi dan dua menara kembar, merupakan masjid yang paling terlihat di Kairo.
Masjid ini dibangun untuk mengenang Tusun Pasha, putera tertua Muhammad Ali, yang meninggal pada 1816. Masjid ini, bersama dengan benteng, adalah salah satu landmark dan tujuan pelancongan di Kairo Mesir dan merupakan salah satu tempat pertama yang akan terlihat ketika mendekati kota dari sisi mana pun.

2. Masjid Nabawi di Madinah, Arab Saudi



Masjid Nabawi yang sering disebut Masjid Nabi, adalah sebuah masjid yang terletak di kota Madinah. Sebagai tempat peristirahatan terakhir dari Nabi Islam Muhammad, dianggap sebagai tempat tersuci kedua dalam Islam Sunni maupun kaum Syiah


Salah satu rekabentuk yang paling terkenal dari mesjid ini adalah Kubah Hijau di tengah-tengah masjid, tempat makam Nabi Muhammad berada.
Perkara ini tidak diketahui dengan pasti bila dibangunkan kubah hijau tetapi naskah menanggalkan pada awal abad ke-12. Kubah ini dikenali sebagai Kubah Hijau Nabi. Para penguasa Islam setelahnya memperluas dan menghiasinya.

Masjid ini aslinya adalah sebuah bangunan terbuka. Reka bentuk dasar bangunan telah ditiru dalam pembangunan masjid lain di seluruh dunia. Masjid ini juga berfungsi sebagai pusat kegiatan masyarakat, pengadilan, dan sebuah sekolah agama.

Dalam Islam Haram hukumnya membuat makam di dalam masjid, jadi Masjid Nabawi bukan tempat peristirahatan terakhir dari Rasullullah Muhammad. Akan tetapi akibat dari perluasan masjid menjadikan makam Rasullullah Muhammad berada di dalam Masjid. Makam Rasullullah Muhammad berada di dalam kamar beliau di rumahnya yang berada di sebelah masjid pada masa itu.

1. Masjidil Haram di Mekah, Arab Saudi


Masjidil Haram atau Masjid Suci, adalah masjid terbesar di dunia. Terletak di kota Mekah Saudi Arabia, masjid tersebut mengelilingi Ka’bah, tempat orang Muslim menghadap di waktu solat sehari-hari dan dianggap sebagai tempat tersuci di bumi oleh umat Islam.
Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Agung. Masjid ini memiliki kawasan mencukupi seluas 400.800 meter persegi (99,0 hektar) termasuk luar dan dalam ruang berdoa dan dapat menampung sehingga 4 juta jamaah semasa musim haji.

Thursday 28 March 2013

Biodata dan Kisah Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar pendakwah?


Ustaz Azhar Idrus, penceramah dari Terengganu yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya remaja. Setiap kali beliau berceramah, tidak kira dimana, ribuan yang hadir. Kehangatan Facebook juga sedikit sebanyak “mempopularkan” Ustaz ini dengan setiap kata-kata nasihat dan penjelasan berkenaan agama darinya dikongsikan secara viral dan tidak pernah putus.
Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium.
Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.
Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.
Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh.
Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.
Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani.
Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga. Berikut adalah butiran biodata mengenai beliau yang ditemui di beberapa blog.
# Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
# Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
# Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
# Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
# Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.
Biodata Penuh:
Nama :
Ustaz Azhar Bin Idrus
Tarikh Lahir:
12 Februari 1964
Berasal:
Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu
Hobi :
Mengembara (taakulan penulis) dan fotografi Alam Hidupan.
Pendidikan :
1.Sekolah Rendah Hj. Mohd Sharif, Alor Setar, Kedah.
2.Sekolah Menengah Darulaman Alor Setar, Kedah. (Tingkatan 1 dan 2)
3.Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu (Tingkatan 3 hingga 6)
4. Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
5.Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun
Pengalaman :
1. Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985, benda lagho kata beliau.
2. Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.
3. Mula mengajar (hanya menyampaikan yang sekdar tahu sahaja, kate beliau) di surau ladang, kampungnya
Isteri :
1. Rogayah Binti sulong, Johan Qariah Tilawah Al-Quran Kebangsaan 1978 (42 Tahun)
2. Wan Halimatun Nisa’ Binti Wan Mohd Nor (26 Tahun)
Anak :
1.Nur Madihah Asyiqin (20 tahun)
2.Nur Farhah (19 tahun)
3.Mohd Faqihuddin (18 Tahun)
4.Mohd Zuhaili (16 tahun)
5.Ikhwan Najmi (14 tahun)
6.Khairul Mukmin (7 tahun)
7.Rasydan (6 tahun)
Sehingga hari ini, nama Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra sebagai UAI amat disenangi oleh ramai orang terutamanya golongan remaja yang majoritinya mula memahami Islam dengan lebih mendalam selepas mengenali UAI samaada secara bertemu empat mata mahupun sekadar membuat rujukan dari pelbagai ilmu yang disampaikan melalui Youtube, Facebook dan sebagainya. Ustaz Azhar Idrus sangat mesra dan rapat kepada golongan blogger yang menjadikan UAI benar-benar seorang Ustaz yang terbuka mindanya serta celik IT.
Ustaz Azhar Idrus juga amat aktif dalam membantu mereka yang memerlukan pemahaman dan penjelasan tentang kemusykilan soal agama melalui Facebook Page miliknya, Ustaz Azhar Idrus (Original)
Apapun sudah menjadi resmi alam, tak semua manusia akhir zaman ini terutamanya para Ilmuan Islam (Alim) disenangi oleh semua orang. Sering sahaja kata-kata UAI disalah-ertikan dan sentiasa mencari jalan untuk memutarbelit apa yang disampaikan UAI untuk melihatkan UAI sebagai seorang yang sesat. Kepada yang aktif bersifat begini, hentikanlah. Ianya jelas tidak akan mendatangkan kebaikan kepada anda. Jika tidak suka, anda simpanlah dalam hati. Usah bawa orang lain ke gaung kebencian penuh kehitaman anda.
Kredit untuk Greenboc. Diterima melalui email dan diberi sedikit sentuhan oleh Oh! Artis.
OHARTIS: DALAM KEASYIKAN KITA BERFACEBOOK, MUNCUL JUGA RAMAI ULAMAK BERWIBAWA YANG MEMANCARKAN CAHAYA ISLAM KEPADA KITA SEMUA. SEPATUTNYA KITA BERSYUKUR KERANA IANYA SALAH SATU CARA ALLAH MEMBERI HIDAYAH KEPADA UMAT YANG DISAYANGI.
Anda boleh cuba untuk menggunakan Applikasi Facebook kami berkenaan soal-jawab Ustaz Azhar Idrus. Kami akan generate satu random soalan beserta jawapan untuk anda dan ianya akan dipaparkan ke wall anda untuk rujukan rakan-rakan anda yang lain. Ianya sebuah apps yang paling mudah dapat kami lakukan dalam memanjangkan dakwah Islam. harap ianya bermanfaat kepada anda.

BIODATA: TUAN GURU HAJI SALLEH SIK KEDAH ( ULAMA' USULUDDIN )



Nama :Tuan Guru Hj Salleh bin Musa
Tarikh Lahir : 08.02.1929
Ayah: Tn Guru Hj Musa bin Salleh
Ibu:Khatijah bt Saad
Tempat lahir :Pekan Sik Bilangan
Adik beradik : 8 orang
Anak ke : 3
Pendidikan : - 1.Sek Rendah Keb Sik (Dan ke Pondok Tn Hussin Kedah , kemudian ke Pondok Tn Guru Hj Mad Nawawi Gurun Kedah, ini kurang mashur kerana Tn Guru Sekejap sahaja disana )
2. Pondok Pak Chu Him Gajah Mati Pendang Kedah ,
3.Darul Ulum Makkah dan menamatkan sijil kepujian Aliy '
4. Kemudian mendalami ilmu di Masjidil Haram Makkah bersama syeikh-syeikh terkemuka diantaranya Syeikh Ismail Fatani , Syeikh Yassin Al Fadani , Syeikh Abd Qadir Mandili , Syeikh Syed Alawi Al Malikki , Syeikh Syed Amin Qutubi dan syeikh muktabar lain .
Berkahwin dengan Hj Hatiah bt Hanafi
Mendapat 2 orang cahaya mata semasa berlajar di Makkah .
Tn Guru memiliki 11 orang cahaya mata semuanya .
Kini isteri beliau sudah meninggal dunia dan Tn Guru sekali lagi berkahwin dengan Hj Sofiah bt Hj Awang Tahun 1964
Tn Guru pulang ke Tanah air dan terus berkhidmat membantu mengajar di pondok ayah beliau di Pekan Sik .
Tn Guru menggantikan ayah beliau sebagai mudir Madrasah Ar Rahmaniah hingga sekarang Sekarang Tn Guru dibantu oleh anak belaiu Syeikh Muslim sebagai Tim Mudir .
Tn Guru menumpukan dakwah sepenuh masa di Pondok hingga sekarang dan beliau menyampaikan dakwah di setiap daerah di sekitar negri Kedah Darul Aman .
KDYMM Sultan Kedah telah anugerahkan beberapa pingat kebesaran , diantaranya B.K.M , S.D.K dan Tokoh Pendakwah Negeri Kedah tahun 2009
Pada tahun 2010 MB Kedah YAB Ust Azizan Abd Razak meanugerahkan Tokoh Pondok Negeri Kedah , 2011 beliau dinobat Tokoh Ilmuan Daerah Sik Oleh Pegawai Daerah Sik
SEKARANG ULAMA ARAB TERUTAMNYA YAMAN , JORDEN , MESIR SERING MENZIARAHI TN GURU KERANA TN GURU MERUPAKAN ULAMA YANG SEMPAT MENDALAMI ILMU DENGAN ULAMA MUKTABAR MASJIDIL HARAM MAKKAH SATU KETIKA DULU.

Tn Guru Hj Salleh merupakan ulama yang terkenal di Kedah sekarang kerana beberapa faktor ketokohan beliau , diantaranya beliau merupakan Tn Guru Pondok yang paling tua nisbah umur dikalangan Tn Guru Pondok disekitar Kedah .

-ke 2 beliau merupakan tokoh ulama Tauhid di alam melayu sekarang , seluruh pelajar pondok seluruh Malaysia , Thailand akan berkumpul di Pondok Tn Guru Hj Salleh Sik setiap bulan Ramadan semata-mata untuk belajar ilmu tauhid dengan Tn Guru Hj Salleh

- Ke 3 beliau sangat petah dalam penyampaian ilmu dan dakwah , mudah difahami apa yang beliau syarahkanKuliah minguan beliau setiap hari Jummat tidak kurang dari 3000 orang yang hadir . Setiap hari beliau gigih mengajar di Madrasah Ar Rahmaniah dan beliau keluar menyampaikan dakwah di seluruh daerah didalam Kedah , hampir 24 tempat beliau jelajah setiap bulan , Allah beri taufiq pada beliau , walau usia 83 tahun tetapi beliau masih bertenaga menyebarkan ilmu dan berjuang .

-Ke 4 ketokohan beliau tidak dapat dinafikan oleh kawan dan lawan ,tegas dalam hukum menyebabkan ramai suka dengan beliau . Allahyarham Pak Teh Keroh pernah berpesan pada muridnya " Kamu semua kena (perlu) pakai (ikut ) segala fatwa dari Tn Guru Hj Salleh Sik "

-ke 5 beliau sangat aktif berjuang untuk memastikan Islam tertegak didalam negara Malaysia yang kita cintai. Wadah yang beliau pilih adalah PAS kerana ini merupakan amanat dari dua orang Guru beliau di Makkah iaitu Syeikh Qadir Mandili dan Syeikh Wan Ismail ( Pak Da Eil)

-ke 6 fikiran beliau sangat terbuka

-ke 7 beliau merupaka tempat rujuk kepada pimpinan tertinggi parti PAS Pusat , PAS Negeri dan termasuk Anwar Ibrahim sentiasa rujuk pada beliau.
Seorang ulama di negeri Kedah berkata " Tn Guru Hj Salleh merupakan setengah daripada orang yang memiliki wilayah yang luas , sahabat dan musuh semua tunduk padanya"

Kalau ada orang datang berjumpa dgn tuan guru utk minta menoreh getah di kebun tuan guru,1 soalan ja yg tuan guru tya..Mu solat x? jwb org yg dtg mnta utk menoreh getah tu,kadang2 je solat tok guru,lalu dgn slamber je tok guru jwb,dgn tuhan pon Mu nk kecoh,dgn manusia lg lar.
Tuan Guru Haji Salleh bin Musa Al-Makki

Sunday 17 March 2013

REFORMASI by Yasin for konvensyen PAKATAN RAKYAT



REFORMASI by Yasin for konvensyen PAKATAN RAKYAT......ALLAH HUAKBAR

Ulama' Solihin Al-Arif Billah Tuan Guru Hj Tayyib Al-Makki


Inilah beliau Ulama' Solihin Al-Arif Billah Tuan Guru Hj Tayyib Al-Makki,

Beliau di lahirkan pada tahun 1912 .. dan beliau ke Makkah sejak British jejak tanah melayu sehingga ssekarang .. Selama di Makkah , beliau sempat menuntut ilmu degan Masyeikh Makkah yang terkenal antaranya:

-Syeikh Wan Ismail Al-Fathani,
-Syeikh Muhammad Amin Al-Kutbi,
-Syeikh Alawi Abbas Al-Maliki,
-Syeikh Hassan Masyath.. Dll

*Antara rakan seguru beliau d Makkah adalah:

-Tuan Guru Hj Abdul Rahman Awang,pondok Guar kepayang,kedah
-Tuan Guru Hj Soleh Hj Musa,pondok Sik,Kedah,
-Tuan Guru Hj Abdul Rahman Pombing.. Dll

Di Mekah beliau di kenali dengan nama 'Hj Tayyib Roti' keran beliau hanya makan roti.. Akhlak beliau sangat indah .. Beliau mudah di dekati oleh sesiapa pun.. Jika anda meminta nasihat dari beliau .. Nasihat yang bakal beliau beri bertepatan dengan peribadi orang yg meminta nasihat. . Banyak mutiara kata yang di lontarkan oleh beliau..

Ulama hebat berusia 100 tahun ini tinggal bersama isteri dan seorang anaknya di Kampung Asam Jawa daerah Parit Panjang Kedah .. Untuk pergi ke rumah beliau .. Perlu berjalan dikawasan yang dpenuhi dengan hutan iaitu lebih kurang 2 km dari jalan utama .. Subhanallah .. Beliau hidup dengan penuh kezuhudan .. Beliau tidur beralaskan papan keras dan sekapit simen lama sebagai bantal .. Beliau seorang yang menegakkan kebenaran .. Oleh sebab itu orang kampung tidak menyukai beliau .. Malah beliau dihina dengan bermacam macam kata keji seperti orang gila dan seorang yang suka menyekat rezeki orang .. Allahurobbi ..

Walaupun umur beliau sudah pun satu abad .. Subhanallah .. Beliau masih bercucuk tanam .. Mencangkul .. dan apa lebih hebat lagi ... Beliau membina rumahnya itu sendiri dengan tulang empat keratnya .. Allahurobbi .. Untuk ke kedai .. Beliau terpaksa berjalan kaki dari rumahnya hampir 1 km.. Cuba tuan puan bayangkan dengan usianya .. keadaannya beliau terpaksa berjalan kaki .. Subhanallah ..

Diantara Ulama Hebat yang pernah ditemu dan ketemu dengan beliau ialah Habib Umar Bin Hafiz dan Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki ..

Sahabatku .. Ulama Solihin ini telah lanjut usia .. Bila bila masa sahaja Allah Taala boleh menjemputnya ke Raudhah .. Selagi masih ada peluang .. selagi masih ada waktu .. ziarahilah beliau .. ciumlah pipi beliau .. peluklah beliau seerat eratnya .. Minta agar beliau mendoakan kesejahteraan kita .. Sampai bila kita ingin mengabaikan sebuah permata ummah ini ..

Wallahualam ..

Friday 15 March 2013

QOSIDAH YA HANANA



QOSIDAH YA HANANA YANG DISAMPAIKAN OLEH Habib Syekh Bin Abdul Qadir Asseggaf

Ringkasan Biografi Habib Syekh Bin Abdul Qadir Asseggaf



Ringkasan Biografi Habib Syekh Bin Abdul Qadir Asseggaf


Isnin, 01 September 2008


Nama Habib Syekh bin Abdul Qadir Asseggaf sebagai pendakwah, boleh jadi belum dikenal secara  meluas di kalangan masyarakat. Namun di kalangan jamaah majlis shalawat atau kegiatan Maulidan, Beliau cukup dikenali. Terutama kerana ketokohan beliau dikurnikan oleh ALLAH dengan memiliki suara yang sangat merdu.


Selain itu beliau juga mencipta sendiri lagu qashidah yang nada dan iramanya dapat diterima telinga masyarakat, baik masyarakat yang akrab dengan kegiatan majlis shalawat mahupun masyarakat awam.


Dengan suara yang merdu ini, Habib Syech berhasil memikat kalangan muda sehingga mereka menyukai qashidah dengan syair-syair yang seluruhnya bersumber dari kitab Simthud Durar. Ribuan bahkan jutaan belia turut bergabung dalam acara-acara selawat yang dianjurkan.


Sebenarnya syair-syair qashidah yang dibawakan beliau bukanlah syair puji-pujian yang baru, namun Habib Syekh berhasil membentuk dan mengemas kini irama pembacaan maulid Tradisional menjadi lebih indah dan menggoda telinga yang mendengarnya.


Selain itu, Habib Syekh bin Abdul qadir Asseggaf ini juga suka berkongsi dan memberi, meskipun beliau sendiri kadangkala dalam kekurangan. Bahkan ketika awal pembabitan  dakwahnya ke pelosok-pelosok Indonesia, beliau membawa nasi bungkus, untuk dibahagikan kepada para jamaah.


Dengan Kereta Angin


Perjalanan hidup Habib kelahiran Solo, 20 September 1961, ini cukup berliku. Beliau pernah berjawa sebagai seorang usahawan tapi kemudian muflis. Di saat sulit itu, Habib Syekh melakukan dakwah menggunakan kereta angin ke pelosok-pelosok untuk melaksanakan tugas dari sang guru, almarhum Habib Anis bin Alwi Alhabsyi, imam masjid Riyadh Gurawan Solo.


Pada saat itu Habib Syekh bin Abdul Qadir Asseggaf juga sering diejek sebagai orang yang tidak punya pekerjaan dan habib jadi-jadian. Namun Habib Syekh tidak pernah marah atau mendendam kepada orang yang mengejeknya. Justeru sebaliknya, beliau tetap tersenyum dan memberi sesuatu kepada orang tersebut.


Terkadang Habib Syekh bin Abdul Qadir Asseggaf secara istiqamah memberikan ta’lim di sebuah daerag bernama Kebagusan, sedangkan dakwah rutinnya di kota Solo dan kota kota di Jawa Tengah.


Buat seluruh rakyat Malaysia, INSYA’ALLAH, khabarnya beliau akan hadir ke Malaysia pada tarikh 20-22 Oktober 2012. Mohon kuti perkembangan dari [The Official " Inteam Band " Fan Page]  ya. Jom berkasih sayang saling doa mendoakan ya..    ^_^

PENULIS KITAB SAHIH BUKHARI


Penulis Kitab Shahih
Penulis kitab Shahih al-Bukhari adalah Abu 'Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al-Mughirah bin Bardizbah Al-Ju’fi Al-Bukhari. Beliau lahir di Bukhara pada tanggal 13 Syawwal 194H dan wafat pada tahun 256H.  Bukhara adalah sebuah daerah di Usbekistan, Asia Tengah.
Imam al-Bukhari  lahir dalam keluarga yang taat dalam beragama. Ayahnya adalah salah seorang ulama besar dalam mazhab Maliki. Oleh kerana itu, beliau telah mula belajar agama sejak usia kecil lagi.
Kecerdasannya, terutama kekuatan daya hafalannya sudah terlihat sejak kecil. Dalam perjalanannya mencari hadis, beliau pernah diuji oleh 10 orang ulama dengan masing-masing mereka menguji 10 buah hadis yang ditukarkan sanadnya satu sama lain. Imam Al-Bukhari dapat menyelesaikan ujian ini dengan cemerlang sekali. Kerana kekuatan hafalannya ini, maka beliau diberi gelar tertinggi di kalangan muhadditsin, iaitu Amiirul-Mukminiin fiil-Hadiits.
Semangatnya menelusuri hadis-hadis Nabi sangat luar biasa. Beliau berkelana dari satu negara ke negara lain selama 16 tahun dan berjaya menghimpun lebih 600,000 hadis.
Imam al-Bukhari tidak hanya menulis kitab Shahih Al-Bukhari, tetapi juga banyak kitab-kitab lainnya, tidak kurang dari 15 buah kitab. Di antaranya adalah kitab Adab ul-Mufrad, At-Tarikh al-Shaghir, At-Tarikh al-Awsath, At-Tarikh al-Kabir, At-Tafsir al-Kabir,  Al-Musnad al-Kabir, Kitab al-Dhu’afa dan As-Sami’ ash-Shahabah.
Nama Kitab dan Kandungan Hadis
Imam al-Bukhari memberi nama kitabnya ini dengan judul الجامع المسند الصحيح المختصر من أمور رسول الله صلى الله عليه و سلم وسننه وأيامه . Pemberian nama  al-Jami’ menunjukan bahwa kitab sahih ini tidak hanya menghimpun hadis-hadis dalam satu bidang keagamaan, tetapi banyak bidang keagamaan. Di samping itu penggunaan kata al-Musnad ash-Shahih mengisyaratkan bahawa hadis-hadis di dalam kitab Shahih beliau ini adalah hadis-hadis yang memiliki sandaran yang kuat, iaitu bersambung sanadnya dan memenuhi kriteria hadis sahih.
Kita Shahih Imam al-Bukhari ini memuatkan kurang-lebih 4,000 buah hadis. Sebahagian hadis-hadis ini disebut pada beberapa tempat, sehingga bila dihitung seluruhnya, termasuk dengan pengulangannya, maka mencapai 7,000 hadis. Sebanyak 4,000 buah hadis ini, merupakan hadis-hadis yang telah disaring lebih dari 600,000 buah hadis yang diperolehi oleh Imam al-Bukhari.
Kriteria dan Penyusunan Kitab Shahih
Imam al-Bukhari tidak menjelaskan kriteria darjat hadisnya, tetapi para ulama melakukan penelitian terhadap hadis-hadis yang ada di dalam kitab shahih beliau ini dan menyimpulkan bahawa kriteria yang digunakan beliau adalah begitu ketat lagi teliti. Imam al-Bukhari menggunakan kriteria kesahihan hadis seperti ittishal sanad, al-‘adalah, dhabit, terhindar dari syadz dan ‘illat. Tetapi, untuk ittishal sanad, imam al-Bukhari menggunakan kriteria yang dapat dipastikan liqa’ dan mu’asharah. Di samping itu, rawi-rawi dari kalangan murid Imam al-Zhuhri yang digunakan adalah dari kalangan rawi yang faqih. Maksudnya rawi-rawi yang memiliki al-‘adalah dan dhabit serta telah lama menyertai majlis Imam al-Zhuhri.
Kritik dan Pembelaan
Walaupun para ulama menyatakan bahawa kitab Shahih al-Bukhari memiliki tahap kesahihan yang tinggi, tetapi ditemukan juga beberapa bentuk krtikan terhadap hadis-hadis yang ada dalam kitabnya, sama ada dari segi kualiti sanad ataupun matan-nya (teks-nya). Imam ad-Daruquthni adalah antara yang menyatakan bahawa dalam Shahih al-Bukhari terdapat hadis-hadis mursal dan munqathi’.
Tetapi kritikan ini dijawab oleh para ulama secara ilmiyah terutamanya oleh penulis kitab Syarah-nya, iaitu al-hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H).
Manakala isu kritikan matan (teks dan maksud hadis) banyak dimunculkan serta digembar-gemburkan oleh para pemikir modern dan juga dari kalangan orientalis. Hadis-hadis yang dikritik tersebut terutamanya hadis-hadis musykil yang kelihatan menyanggahi sains dan logika modern, misalnya hadis yang menyatakan bahawa Nabi menjelaskan bahawa pada malam hari matahari pergi sujud di bawah 'Arsy Tuhan.
Kesukaran dalam memahami hadis-hadis seperti ini, kerana para pengkritik memahami hadis dengan memahami maksud Nabi dalam menyampaikan hadis itu kepada para sahabat. Dalam hadis di atas, Nabi tidak bermaksud untuk menjelaskan dari sudut ilmu astronomi atau astrologi, tetapi Nabi ingin menjelaskan bahawa semua yang ada di alam ini tunduk di bawah kekuasaan Allah. Di samping itu, Nabi berbicara dengan masyarakatnya yang awam dengan pengetahuan astrologi, sehingga apabila Nabi berbicara apa adanya, mereka tidak akan mampu menangkap maksud Nabi.
Alhamdulillah, hari ini set lengkap kitab Shahih Al-Bukhari yang memuatkan hadis-hadis Nabi yang mulia lagi sahih ini telah pun diterjemahkan. Semoga manfaatnya dapat difahami dengan lebih baik lagi, insyaAllah.